Penutupan Jalan Sempena Perarakan Hari Wesak

Sebahagian jalan utama di Bandar Melaka akan ditutup pada 3 Mei 2023 (Rabu) mulai jam 7.00 malam hingga 10.30 malam bagi perarakan kereta berhias sejauh 6 km sempena perayaan Hari Wesak.

Jalan terlibat ialah Jalan Gajah Berang, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Ali, Jalan Tun Mutahir, Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Bendahara, Jalan Laksamana, Lorong Hang Jebat, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tengkera, Jalan Gajah Berang. Perarakan kereta berhias akan bermula dan tamat di Kuil Seck Kia di Gajah Berang.

Penutupan sebahgian jalan dilakukan secara berperingkat mengikut pergerakan kumpulan perarakan dan hanya akan dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah kumpulan perarakan melalui jalan-jalan yang dinyatakan. Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya tidak melalui jalan-jalan itu bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Isnin - Jumaat

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 02 November 2023.
Jumlah Pelawat
03479634

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).