Tempat Letak Kereta Awam

Peralihan Operator Sistem Tempat Letak Kenderaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2021

Mulai 1 Mei 2021, Operator Pengendalian Tempat Letak Kenderaan Dalam Kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah bertukar kepada Syarikat Syntax Valley Parking (M) Sdn. Bhd.
Dimaklumkan aplikasi sistem lama iaitu Smart Parking Melaka telah dinyahaktif dan orang ramai boleh memuat turun aplikasi yang baharu iaitu Smart Vehicle Parking (SMV).

Aplikasi SMV ini boleh dimuat turun di Google Play Store bagi pengguna android.

Bagi pengguna IOS/Harmony OS akan dihalakan terus ke laman sesawang Smart Vehicle Parking bagi tujuan berkaitan sementara mendapatkan kelulusan daripada pihak pengendali aplikasi.

Sebarang tuntutan berhubung baki dalam sistem lama atau penggantian kupon lama hendaklah hadir sendiri ke :
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Jabatan Kewangan,
Aras Bawah, Kaunter 8
Dokumen yang diperlukan :
  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Screenshot Baki Akhir dalam Aplikasi Sistem Smart Parking
  3. Nama Id Pengguna, nombor telefon serta emel yang didaftarkan
  4. Salinan Penyata Bank Pemilik
Untuk muat turun aplikasi Smart Vehicle Parking (SMV) sila klik svpmelaka.com

MANUAL PENGGUNA SMART VEHICLE PARKING

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Isnin - Jumaat

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 02 November 2023.
Jumlah Pelawat
03479565

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).