Syarat Permohonan

Cara Memohon Lesen

Bagaimana Mendapatkan Lesen?
Lesen perniagaan boleh diperoleh di Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan MBMB.

Dokumen Permohonan Lesen Komposit:

Dapatkan borang permohonan lesen secara percuma di Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan untuk mendapatkan lesen perniagaan. Anda dikehendaki mengisi borang terlebih dahulu.

Dokumen diperlukan adalah seperti berikut:

Bil Dokumen
1 Memorandum Pendaftaran Syarikat atau Sijil Pendaftaran Syarikat
2 10 salinan pelan lokasi yang menunujukkan di mana perniagaan hendak dijalankan
3 1 salinan surat Perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri)
4 Bil bayaran cukai harta/Geran hakmilik tanah
5 10 keping gambar premis (pandangan hadapan) bersaiz 3R

Permohonan Iklan

Dokumen diperlukan adalah seperti berikut:

Bil Dokumen
1 Dua (2) salinan lakaran yang menunjukkan maklumat penuh iklan itu
2 Pelan lokasi yang menunjukkan tempat iklan hendak dipasang
3 Satu (1) salinan pendaftaran perniagaan untuk iklan pejabat atau salinan lesen perniagaan MBMB
4 Pelan struktur dengan perakuan seseorang arkitek / jurutera struktur berdaftar yang mengesahkan bahawa struktur itu akan berada dalam keadaan tegap dan kukuh. (Bagi permohonan papan dinding dan "sky sign" sahaja)
5 Borang yang telah dipenuhkan hendaklah diserahkan ke Jabatan Kawalan Bangunan MBMB dengan disertakan bayaran proses sebanyak RM3.00 sahaja.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Isnin - Jumaat

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 02 November 2023.
Jumlah Pelawat
03479565

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).