Akta-akta memberi kuasa kepada MBMB untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang Kecil di dalam kawasan pentadbiran seluas 277 km persegi.
Akta-akta yang digunapakai oleh MBMB:
| Bil | Akta |
| 1 | Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) 1976
|
| 2 | Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133)
|
| 3 | Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
|
| 4 | Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154)
|
| 5 | Akta Makanan 1983 (Akta 281)
|
| 6 | Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
|
| 7 | Akta Kawalan Sewa 1966 (Akta 363) |
| 8 | Akta Distres 1951(Akta 255) |
| 9 | Peraturan-peraturan Makanan 1985 |
Kesalahan yang kerap dikompaun:
Terdapat berbagai-bagai kesalahan yang boleh dikompaun, tetapi yang kerap dikompaun:
| Bil | Kesalahan |
| 1 | Kekotoran - Mengotori tempat awam |
| 2 | Halangan - Menghalang dengan meletakkan barang-barang perniagaan atau kenderaan di tempat awam |
| 3 | Berniaga atau menjaja tanpa lesen |
| 4 | Tidak mematuhi syarat lesen perniagaan |
| 5 | Tidak memakai apron dan penutup kepala semasa mengendalikan makanan |
| 6 | Membuat sesuatu yang menyebabkan gangguan |
Tahukah anda apa itu tempat awam?
Tempat awam merangkumi:
| Bil | Tempat Awam |
| 1 | Jalan dan lorong |
| 2 | Taman / taman bunga / taman permainan |
| 3 | Kawasan air pancutan |
| 4 | Pulau lalulintas (traffic island) |
| 5 | Sungai dan tebing sungai |
| 6 | Tempat tumpuan orang ramai |
| 7 | Tempat-tempat laluan orang ramai |



