| Bil | Objektif |
| 1 | Menyelaras perancangan pembangunan dan kegunaan tanah Bandaraya Melaka selaras dengan Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri Melaka dan Rancangan Tempatan Daerah Melaka Tengah. |
| 2 | Menguruskan dan menyeragamkan semua prosedur pemajuan tanah projek pembangunan berdasarkan peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). |
| 3 | Mengurus dan menyelenggara projek prasarana awam dan Majlis serta menguatkuasakan pematuhan alam sekitar ke arah Bandaraya Lestari. |
| 4 | Memproses pengurusan dan kelulusan pelan bangunan, penguatkuasaan, penetapan dasar serta garis panduan disamping pemuliharaan kawasan warisan bagi mencapai objektif MBMB yang lebih efisyen dan efektif. |
| 5 | Merancang, menyelenggara dan memantau projek pengindahan dan pembersihan awam yang berkualiti. |
| 6 | Menyedia dan membekalkan keperluan logistik bagi kemudahan dan kesejahteraan warga bandaraya. |
| 7 | Menggalakkan pertumbuhan perniagaan melalui pengeluaran lesen yang cekap dan mengawasi kesihatan awam warga bandaraya. |
| 8 | Meningkatkan peluang-peluang ekonomi warga bandaraya dengan prasarana perniagaan yang berkualiti serta pengurusan aduan yang bersistematik. |
| 9 | Menjana hasil Majlis melalui kutipan Cukai Taksiran dan Pengurusan Aset Majlis dengan lebih efisyen. |
| 10 | Memastikan penyelenggaraan harta bersama secara teratur dan tersusun berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). |
| 11 | Menguatkuasa undang-undang dan memberi kefahaman berkaitan perundangan dalam semua urusan Majlis. |
| 12 | Menyediakan dan memastikan sistem pengurusan sumber dan penyampaian perkhidmatan yang dinamik, cekap dan berkesan ke arah persekitaran kerja yang kondusif. |
| 13 | Memantapkan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan. |
| 14 | Memantapkan jaringan komunikasi yang baik dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta, media, NGO dan masyarakat di peringkat tempatan serta antarabangsa. |
| 15 | Memantau pelaksanaan sistem pengurusan Majlis yang berkesan dan berintegriti. |



