Berikutan lanjutan tempoh PKPB Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan pembayaran Bil Cukai Taksiran bagi penggal Jan-Jun bagi harta yang berada di dalam kawasan pentadbiran MBMB sehingga 31 Ogos 2020.
Dalam situasi sekarang, warga bandaraya digalakkan membuat pembayaran secara atas talian MBMB di https://myfpx.mbmb.gov.my/
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pembayaran atas talian ini sila hubungi Jabatan Kewangan MBMB di talian 06-2859700 setiap hari Isnin - Jumaat, jam 8.00 am - 3.30 pm.
Sekian, dimaklumkan.
Amalkan disiplin diri, patuh jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter, gunakan pelitup muka jika berada di luar rumah dan jaga kebersihan diri.
#StayAtHome
#MelakaMestiMenang
#SejahterakanBandarayaku
#MelakaHistoricCityCouncil