Dimaklumkan bahawa bermula dari 13 Julai 2020 Jabatan Penguatkuasaan Hasil Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang bertempat di Mahkamah MBMB Jalan Tun Sri Lanang, Melaka akan berpindah ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) MBMB bertempat di Aras 2, Graha Makmur, Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh, Melaka. Semua urusan berkenaan cukai taksiran hendaklah dilakukan di JPPH atau untuk makluman lanjut, sila hubungi di talian 06-285 9777/ 06-285 9774 (Pn. Manisah binti Mohd Tamin).