MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
BANDARAYA WARISAN DUNIAÂ
NOTIS KERJA UNDI
Adalah dimaklumkan bahawa Cabutan kerja-kerja undi secara langsung (live) bagi Bilangan 2/2020 akan diadakan seperti berikut:
SESI PERTAMA (KERJA-KERJA MEKANIKAL & ELEKTRIKAL) |
|
Tempoh Pendaftaran (secara online) |
15 Mei 2020 – 16 Mei 2020 (48 jam) |
Tarikh cabutan undi secara langsung |
20 Mei 2020 (Rabu) |
Masa cabutan undi |
10.00 pagi |
Tempat |
Auditorium, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah |
Bilangan Kerja Undi Sesi Pertama |
26 |
Â
Â
SESI KEDUA (KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM) |
|
Tempoh Pendaftaran (secara online) |
15 Mei 2020 – 16 Mei 2020 (48 jam) |
Tarikh cabutan undi secara langsung |
20 Mei 2020 (Rabu) |
Masa cabutan undi |
11.00 pagi |
Tempat |
Auditorium, |
Bilangan Kerja Undi Sesi Kedua |
68 |
( Sr. NANI ERNIE BINTI OTHMAN ),
Ketua Unit,
Unit Ukur Bahan Dan Kontrak ,
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Tarikh :
Â
 SYARAT-SYARAT KERJA UNDI
A) PROSES PENDAFTARAN KERJA UNDI DAN PROSES PENGUNDIAN
- Kerja Undi ini hanya akan dibuka kepada syarikat/kontraktor yang BERALAMAT PENDAFTARAN (SSM atau SPKK/CIDB) dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah SAHAJA.
 - Kontraktor hendaklah membuat permohonan pendaftaran secara atas talian (online) bermula jam 12.00 malam pada 15 Mei 2020 sehingga 11.59 malam pada 16 Mei 2020.
 - Permohonan yang diterima sebelum dan selepas tempoh masa yang ditetapkan akan ditolak.
 - Hanya penama di dalam PPK, SPKK, atau STB sahaja boleh memohon atau berdaftar secara atas talian dan tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dinamakan dalam sijil melalui pengisytiharan atau pengesahan pemohon. (Borang akujanji seperti di Lampiran A).
 - Bagi tujuan pendaftaran, pemohon perlu mengemukakan semua dokumen di bawah dengan memuatnaik secara ‘PDF’ dan dihantar ke alamat emailÂ
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 - Dokumen-dokumen wajib yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
a. Borang Pendaftaran Kerja Undi yang telah lengkap diisi
b. Salinan ASAL Kad Pengenalan Pemilik Syarikat (Pegawai yang ditauliahkan),
c. Sijil ASAL SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) DAN SPKK/CIDB (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan) DAN Sijil Kontraktor Taraf Bumiputera, Dan
d. Borang Akujanji yang telah ditandatangani oleh Pemilik Syarikat (Pegawai yang ditauliahkan) – Lampiran A.
 - Urusetia pengundian akan menyemak semua dokumen yang dikemukan sebelum senarai syarikat yang layak untuk menyertai kerja undi dihebahkan.
 - Kontraktor telah disenarai layak akan diberi nombor mewakili syarikat masing-masing mengikut turutan pendaftaran di peringkat pengundian. Nombor yang berkenaan akan dicatatkan dalam suatu daftar yang disediakan dan akan dipaparkan di dalam laman web rasmi MBMB sebelum hari pengundian.
 - Senarai tajuk projek adalah seperti di Lampiran B dan Lampiran C.
 - Cabutan undi secara langsung (live) akan disiarkan melalui Facebook MBMB iaitu Unit Media MBMB pada 20 Mei 2020 (Rabu) mengikut masa yang ditetapkan.
 - Syarikat/Kontraktor yang layak menyertai kerja undi adalah seperti berikut:-
Â
            SESI PERTAMA (KERJA-KERJA MEKANIKAL & ELEKTRIKAL) |
||||||
Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) |
||||||
Kelas |
Taraf |
Kategori |
Pengkhususan |
|||
 G1/G2/G3 |
 Bumiputera |
ME |
 E04 E11  |
|||
            SESI KEDUA (KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM) |
||||||
Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) |
||||||
Kelas |
Taraf |
Kategori |
Pengkhususan |
|||
 G1 |
 Bumiputera |
 CE (Pembinaan Kejuruteraan Awam) |
CE01 ATAU CE21 |
(Beralamat Pendaftaran Dalam Kawasan Pentadbiran MBMB) masih sah dan tidak tertakluk dengan penahanan atau penggantungan.
        Â
- Kontraktor yang berjaya akan terus diberikan surat tawaran dan diminta berhubung dengan Pegawai Penguasa atau wakilnya. Kerja akan dipantau oleh Jabatan berkaitan sehingga peringkat bayaran.
 - Kontraktor akan disenaraihitamkan selama setahun sekiranya :-
13.1 Gagal menyiapkan kerja dengan memuaskan di dalam tempoh yang ditetapkan.
13.2Â Gagal memulakan kerja dalam tempoh yang dinyatakan di dalam surat tawaran.
 - Kontraktor yang mengambil bahagian dalam kerja-kerja undi ini tidak semestinya mendapat kerja. Segala perbelanjaan adalah atas tanggungjawab kontraktor sendiri.
 - Kontraktor yang telah mendapat kerja-kerja Kerja Undi di bawah penyeliaan MBMB pada tahun semasa (Bil 1/2020) adalah TIDAK LAYAK menyertai Kerja Undi ini. Senarai nama syarikat yang pernah mendapat kerja undi bagi Bil 1/2020 adalah seperti di Lampiran D.
 - Kontraktor yang Berjaya perlulah mendapatkan kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) bagi memulakan kerja-kerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau mengisytiharkan maklumat syarikat dan bersetuju dengan ikrar akujanji pematuhan SOP yang ditetapkan oleh MITI.Â
 - Adalah diingatkan kontraktor diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard AM dan Garis Panduan Am Kebenaran Beroperasi serta pergerakan pekerja bagi projek pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Â
Muat turun borang kerja undi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah:
BORANG PENDAFTARAN UNDI BIL.2 2020
LAMPIRAN A - BORANG AKUJANJI
LAMPIRAN B - SENARAI PROJEK SESI 1
LAMPIRAN C - SENARAI PROJEK SESI 2
LAMPIRAN D - SENARAI KONTRAKTOR TELAH DAPAT