Datuk Bandar MBMB Terima Kunjungan SMK Malim, PIBG

AYER KEROH 30 Jan - Kerjasama pintar Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Mansor Sudin menerima kunjung hormat daripada pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, baru-baru ini.

Rombongan daripada SMK Malim diketuai Pengetuanya, Rosidah Haron. Turut menyertai kunjung hormat itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Datuk Mokhtar Haron.

Kunjungan tersebut diadakan bertujuan membincangkan berkaitan projek pembangunan termasuk membangunkan prasarana sukan dan bantuan latihan kemahiran berkaitan pasukan kombo.

Selain itu, pihak SMK Malim turut memohon MBMB membenarkan laluan Bas Panorama bagi kemudahan pengangkutan pelajar sekitar Krubong. - Sumber Melaka Kini

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Isnin - Jumaat

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 02 November 2023.
Jumlah Pelawat
03479634

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).