BUKIT BARU 12 April - Lebih kurang 1,000 jemaah menghadiri Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana di Masjid Al Ihsan, di sini malam tadi.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tuan Yang Terutama, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob serta Ketua Menteri, Adly Zahari yang tiba kira-kira jam 7 petang semalam.
Majlis tersebut disambut sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-16 Bandaraya Melaka Bersejarah dengan melaksanakan solat Maghrib berjemaah.
Susulan itu, majlis bacaan Yassin diadakan di dalam masjid tersebut menerima sambutan jemaah dari pelbagai peringkat umur.
Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah sebelum makan malam disediakan di perkarangan masjid tersebut. - Sumber Melaka Kini