Ayer Keroh, 1 Mac - Usaha Jabatan Penilaian Harta (JPH) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengadakan 'Kempen Bayar Cukai Taksiran Harta (CTH) berjaya capai matlamatnya.
Pengarah jabatan itu, Ufridah Haji berkata, pada asalnya kempen itu berjalan sejak tiga bulan lalu di mana pegawai-pegawainya telah turun padang termasuk hujung minggu membuka kaunter di setiap Dewan- Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun katanya, masih terdapat segelintir pembayar cukai yang degil membuat pembayaran disat-saat akhir walaupun PBT telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk kaunter 'Pandu Laju'.
"Hari ini (29 Februari) merupakan tarikh akhir membuat pembayaran dan mulai Mac ini denda lewat akan dikenakan sebanyak 10% dan sebanyak 500 orang telah melaksanakan tanggungjawab itu."katanya.