Adalah dimaklumkan Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung:
- Semua premis-premis kedai makan ditutup bermula jam 7.00 petang hingga 7.00 pagi termasuk khidmat pandu lalu (drive-through).
- Semua kedai serbaneka di stesen-stesen minyak ditutup bermula jam 8.00 malam hingga 6.00 pagi. Hanya perkhidmatan isian minyak sahaja dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen premis sedia ada.
- Semua kedai runcit serta kedai serbaneka 24 jam termasuk 7 Eleven atau KK Supermart yang menjual barangan keperluan harian ditutup bermula jam 7.00 petang hingga 7.00 pagi.
- Semua pasar awam ditutup bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 pagi serta mematuhi garis panduan keselamatan dan kesihatan seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dari segi bilangan pengunjung dan jarak operasi.
- Semua pasaraya ditutup bermula jam 7.00 petang.
- Semua pasar malam, pasar pagi dan pasar tani tidak beroperasi.
- Semua gerai penjaja di bahu jalan termasuk Food Truck yang diberi lesen perniagaan ditutup bermula jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi serta mematuhi garis panduan keselamatan dan kesihatan seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dari segi bilangan pengunjung dan jarak operasi.
Arahan ini berkuat kuasa mulai 21 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditarik balik.